Wednesday, 12 October 2016

TIPS

TIPS 

  • 5 TIPS ATASI KEBOSANAN WARGA EMAS

Mungkin ramai di luar sana merasakan menginjak ke usia lanjut bermaksud akan menghabiskan masa di rumah melakukan rutin yang sama sahaja. Kesimpulannya, anda merasa sangat bosan.

Tidak semestinya. Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh warga emas samada di rumah ataupun di luar rumah bagi mengelakkan kebosanan. Ikuti 5 tips di bawah bagi mengetahui caranya.

1. Lakukan aktiviti fizikal – Terdapat pelbagai aktiviti fizikal yang boleh dilakukan oleh warga emas. Antaranya adalah aktiviti berkebun, berjalan/berlari anak di taman rekriasi, melakukan senaman ‘tai chi’ dan sebagainya. Setiap orang pastinya

2. Bersembang dengan mereka yang sebaya – Carilah kumpulan rakan anda sendiri yang anda selesa. Mungkin anda jumpa mereka dari kalangan jiran anda ataupun anda berjumpa dengan mereka di taman rekriasi. Bukan sahaja anda akan lebih bersemangat apabila berjumpa dengan orang lain, anda juga ada teman berbicara.

3. Cari hobi baharu – Sebelum ini anda sudah terbiasa sibuk dengan pebagai urusan. Kini, anak-anak pun sudah besar, mungkin sudah bersara, apa kata anda cuba hobi yang baharu untuk mengisi masa anda. Mungkin berkebun, bermain catur, menjahit, belajar al-Quran, dan sebagainya

4. Pergi melancong – Tidak kiralah samada di dalam negara atau di luar negara, pasti ada banyak tempat yang dah lama anda teringin nak pergi tetapi belum berkesempatan lagi atas sebab-sebab tertentu. Anda boleh memilih untuk bercuti bersama pasangan, ahli keluarga, mahupun bersama kenalan-kenalan anda. Samada dekat ataupun jauh, rancanglah percutian tersebut sebaiknya dan berikan diri anda peluang menikmati percutian tersebut.

5. Buat sesuatu yang anda suka – Ini mungkin bukan sesuatu yang mudah kerana selama ini anda telah meluangkan hampir keseluruhan waktu anda memenuhi kehendak dan juga tanggungjawab anda seperti bekerja dan menuruskan anak-anak sehingga keinginan sendiri terpaksa ditangguhkan. Nah, sekarang inilah masanya untuk anda memberi perhatian kepada keperluan anda sendiri. Perkara utama dalam mengatasi kebosanan adalah dengan bertanya kepada diri sendiri perkara yang anda suka dan lakukannya hari ini.

Tips di atas merupakan antara perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi mengatasi kebosanan warga emas. Pilihlah yang paling bersesuaian dengan anda dan yang paling menggembirakan anda.

  • 3 TIPS KESELAMATAN WARGA EMAS

Memastikan keselamatan warga emas terutamanya di rumah amatlah penting. Ianya adalah kerana sedikit kecuaian boleh menyebabkan kecederaan yang serius.

Tetapi, mungkin ada yang berfikir yang memastikan keselamatan warga emas satu perkara yang leceh ataupun memerlukan persediaan yang banyak. Ianya tidak benar. Malah, perubahan yang sedikit dapat membantu menjaga keselamatan warga emas di rumah masing-masing.

Nak tahu tak langkah-langkah mudah yang dapat diambil untuk membantu ahli keluarga anda?

3 tips di bawah dapat membantu meningkatkan keselamatan warga emas di rumah anda.

1. Pastikan semua tikar di’tape’ – Jika di rumah anda menggunaka tikar, samada nipis atau tebal, pastikan setiap bahagian tikar tidak bergulung kerana tikr yang bergulung meningkatkan risiko warga emas tersadung.

2. Pastikan lalauan ke bilik air mempunyai pencahayaan yang baik – Kita akan semakin kerap ke bilik air apabila umur kita semakin meningkat, terutamanya pada waktu malam. Jadi, pencahayaan adalah sangat penting untuk warga emas pada waktu malam bagi membantu mereka untuk pergi ke bilik air dengan selamat.

3. Gunakan tikar ‘non-slip’ – Untuk kawasan yang mudah basah seperti bilik air dan dapur, gunalah tikar ‘non-slip’ bagi mengelakkan insiden tergelincir. Ianya boleh mengakibatkan kecederaan yang serius seperti patah tangan/kaki jika warga emas tergelincir dan jatuh. Selain itu, boleh juga menggunakan selipar yang mepunyai tapak yang bagus di kawasan-kawasan yang mudah basah.



Di atas adalah 3 tips mudah yang boleh diambil bagi membantu mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan keselamatan warga emas di rumah. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment