Wednesday 12 October 2016

PENGENALAN

PENGENALAN


Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.Bagaimana pula dengan anggota belia yang sudah berumur lebih dari 40 tahun. Tentunya tidak termasuk dalam gulungan ini.

Kemudahan yang disediakan untuk golongan ini ialah:

•Bantuan Kewangan
•Bantuan Alat Tiruan/Sokongan
•Pusat Jagaan Harian Warga Emas
•Unit Penyayang Warga Emas

Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM300 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

Kelayakan. Mereka mestilah berumur 60 tahun ke atas;tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup; dan tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.

Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Biahagian di mana pemohon tinggal. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), gambar berukuran passport dan dokumen sokongan lain (jika ada).

Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT / AS)

•Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, callipers, tongkat tangan / ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan peralatan lain yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.

•Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment